Wednesday 19 October 2011

Program GM Siswa SMK Seri Lalang Tahun 2011


Sebuah program berbentuk ilmiah untuk para pelajar yang diuruskan oleh barisan mahasiswa


Program “GM SMK Seri Lalang” adalah satu program yang bertujuan untuk membimbing para pelajar mencapai ‘A’ dalam mata pelajaran SPM dan PMR serta meningkatkan kualiti mata pelajaran terbabit. Selain itu, ia turut berperanan melahirkan pelajar yang mempunyai prestasi cemerlang dalam bidang akademik. Progam ini juga dilaksanakan bagi membentuk pelajar yang mempunyai daya juang dan motivasi yang tinggi serta jatidiri terpuji.


Misi:
Membantu pelajar meningkatkan prestasi pencapaian akademik khasnya mata pelajaran Sains dan Matematik bagi PMR serta Fizik dan Matematik Tambahan bagi SPM

Memberi panduan dan kaedah bagi mencapai kecemerlangan sekolah

Menjalinkan hubungan yang akrab antara sekolah dengan bekas pelajar dan golongan mahasiswa seluruh negara

No comments:

Post a Comment