Monday 30 January 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ! :)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian ,

cuti persekolahan bagi perayaan Tahun Baru Cina telah pun berakhir . selamat kembali ke sekolah semua ! pasti rakan-rakan semua dah rindu cikgu-cikgu dekat sekolah kan ? semangat lah sikit nak sekolah ni . hehe .. terutama pelajar-pelajar PMR dan SPM tahun 2012 ni ye . jangan lupa laksanakan tugasan yang diberi oleh guruguru ya ! yang pasti kerja sekolah telah pun diberi sebelum mula cuti persekolahan oleh guruguru kita yang sangat berkaliber dari SMKSL kan ? :) jangan mengeluh . bak kata pepatah , bersusah-susah dahulu . bersenang-senang kemudian . demi melahirkan generasi baru untuk mencipta nama sekolah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini ya . InsyaAllah .. eh , masih berkesempatan lagi ni untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA buat pelajar-pelajar cina di SMKSL . maaflah , ada masalah teknikal sedikit . dengar kata tahun naga banyak 'ong' ye ? kalau betul harap dapat meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum sekolah kita ok ! hehe .
oh ya , Watikah Pengawas telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya . Tahniah kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk menjadi pemimpin-pemimpin yang berkualiti . Galaslah tanggungjawab anda dengan jujur dan ikhlas . walaupun SMKSL kebanyakkannya berasal dari felda ,tak bererti sekolah kita tidak mampu berjaya . pasti boleh dan yakin boleh ! TAHNIAH sekali lagi . sekian sahaja , menutup tirai pada malam ini dengan Assalammualaikum . much love from SMKSL :)

No comments:

Post a Comment